Friday, September 3, 2010

permulaan kepada dua minggu yang bakal hebat

test ELE tahap pecah kepala dah habis. assignment CTU pun dah submit. term paper BEL juga. masa yang ditunggu2 . jeng jeng jeng. im here in Johor Bahru y'all ;DD fuh fuh fuh. memang thrill sangat la nak tunggu cuti raya. dia punya feeling macam org tgh study kat oversea patu raya taun lepas tak dpt balik pastu pastu pastu okay mengarut. aku study kat Dungung je.

ditemani Liyana Sapari dan Fatimah Azzahrah, aku pun heret la beg besar ala2 pelajar AF tersingkir minggu pertama. cuma background musik *percaya pada diri..dengan harapan dan keyakinan* tu takde la kan. kalau lagu raya mungkin terngiang-ngiang sikit. ecehh. baru je lepas bersalam-salaman cium pipi ucap selamat hari raya, hujan pun turun dengan lebatnya. untuk tak mengusutkan kepale otak, perjalanan diteruskan. Alhamdulillah, lepas je kawasan berbumbung, hujan berhenti. fuhh lega:)

sampai kat stesen bas, fuyyoo berduyun-duyun manusia. macam ada jom heboh gitu. ramai gilaaa. ye la. cuti raya kan. what do u expect, Rusydiah? okay kitorg yg semangat terlebih ni, sampai sejam awal drpd bas. hehe. bak kate Liyana, 'biar awal,jgn terlambat'. hihi. itu dia,pesanan penaja kita ;DD

lepas sejam duduk tersadai kat tepi kedai2 tu, siap main snap kejap sampai ada pakcik pandang pelik, announcement yg ditunggu2 pun kedengaran . "perhatian kepada pemegang tiket ekpres ADIK-BERADIK (wajib ulang 2 kali),*okay chup, aku tau nama bas ni kelakar. dah. takyah nak menganjing.okay sambung announcement* perjalanan ke Johor Bahru jam 10.40 malam, bas sudah berada di platform sekarang." weeehuu. naik2 bas je, aiseyman, dah ada org ambik seat aku. memandangkan aku ni seorang yang ehemm, bertolak ansur, duduk je la seat mana2 yang kosong tu. sempat jugak la berbual kejap dengan Syahmi budak kelas PC sebelum aku tertidur berdengkur2. okayy yg tu exaggerate je.

pukul 6.30 pagi, tadaaa im here in Johor Bahru. sekarang nak pegi masak judah berbuka. ok babai

No comments:

Post a Comment