Friday, January 21, 2011

even Eminem don't curse at home

soalan panas dari bestfriend :
nak tnya
langsi tu apa ?
tak paham i carut carut ni

tiba-tiba aku rasa macam, patut ke aku ni diklasifikasikan sebagai
KAMUS BAHASA KESAT EDISI 1.0 ?

so here's a lesson, jangan biasakan diri untuk mencarut. itu saje.

Saturday, January 15, 2011

los alimentos

there are certain people who know me well enough to notice that good food is one of the few things that keeps me going.

the thing is, how am I going to spent the rest of my days here in UiTM Dungun when the food here is getting from bad to worse? seriously, I could not believe my eyes to see how gross the 'lauk-pauk' being served at the cafe.

okay, dah tak payah nak London sangat buat intro in English.

kalau orang lain tertekan pasal study, pasal duit, pasal bf, aku tertekan pasal MAKANAN. tak percaya? ni lah kali pertama dalam hidup aku, aku pernah rasa sangat
lapar tapi malas nak makan. sounds impossible, but true. bayangkan, kalau sem-sem lepas, seketul ayam yang besar, banyak isi, sedap hingga menjilat jari harga rm2. sekarang kecik, tulang je lebih, masak lauk tah ape2 yang aku sendiri tak reti nak describe, pun rm2 jugak. ape cite?

lagi satu hal, dari kecik lagi Abah aku selalu paksa makan sayur banyak2 sampai aku dah takde masalah nak declare yang sayur tu boleh dikatakan makanan favourite aku. tapi macam mana aku nak meneruskan gaya pemakanan sihat tu kalau kat cafe tu nak nampak bayang sayur pun susah. kalau ade pun, terung berkuahkan minyak. erghhh.
dan ohh, hari tu kawan aku baru je dapat sayur terung basi dan lagi sorang dapat langau dalam lauk. nak cakap kawan2 aku yang tak bernasib baik ke, atau cafe tu ape eh? KOTOR? haishhh.

tu baru pasal makanan, belum harga lagi. ada satu cafe kat sini, mak aiii tak hengat punya mahal. nasi lauk ikan keli+timun dah rm5. yang ni memang tahap dah boleh dapat kata2 kesat daripada aku. tapi biasanya, aku bagi kata2 kesat tu lepas dah habis makan la. bukan apa, orang kata tak baik cakap benda2 tak elok depan rezeki. sebab apa yang kita cakap tu masuk dalam makanan pastu kita makan. haa kan tak elok tu. hihi. tapi seriously, aku tak tau makcik cafe tu sedar ke tak akan keburukan rezeki yang tak halal. ye lah, charge lebih2, riba' tu derrr. dia tak tau lagi kalau ada antara budak2 yang makan kat situ anak yatim, dia dah dikira makan harta anak yatim. pehh dosa besar makcik. ayooo tak tauuu !

okay fine, masa menulis entri ni, memang la ada terngiang2 kat dalam kepala kata2 'bersyukur je la. orang kat Somalia tu lagi takde makanan'. humm memang tak boleh nak nafikan fakta saintfik geografi sejarah tu, tapi kalau kau memang dah dibagi rezeki yang boleh kau ucap Alhamdulillah, tapi tak diguna sebaik-baiknya, pastu siap tipu customer dengan harga mencekik darah dan makanan yang dimasak dengan tidak sepenuh hati, macam mana pulak?

rasa nak nangis tengok makanan sedap2 dekat blog Hanis Zalikha dan emaknya :'(

Wednesday, January 12, 2011

care to share

from Sue Anna Joe ;



Menutup aurat secara sempurna. It's not easy. It's a process. But for the love of Islam and Allah, let us improve ourselves both spiritually and physically. For those who are wearing the hijab, let's do it right!Apa kata kita mulakan dengan melabuhkan hijab, shawl, pashmina, scarf, tudung kita biar menutup dada. Hopefully I can commit to this. Sebab aku pon selalu je selempang tudung. It's not nicelah. Dada tu sebenarnya lebih menggiurkan dari rambut.

So do join this campaign! Spread it in your own blog, tumblr, etc. Kalau korang nak print buat fliers pon boleh gambar ni aku bagi kebenaran. Sangatlah dialu-alukan.

Oh by the way, WIR stands for Wear It Right. Hehe. So come on girls, let's do this. Covering the chest is the best!
{ANNA}


ini satu benda yang kita selalu terlepas pandang. memang betul, bukan senang nak berubah lagi2 kalau ke arah yang baik. tapi kalau tak cuba, sampai bila? saling ingat-mengingati tu penting. penting sangat. slowly but surely, orang kata. InsyaAllah boleh, kan? :)

Tuesday, January 11, 2011

masalah kekurangan oksigen di bahagian otak

a.k.a mengantuk yang tak dapat dikawal. masalah terbesar aku sekarang.

serious la, kat dalam kelas yang aku sepatutnya bagi full attention, kelas yang lecturernya cakap macam bullet train, kelas yang lecturernya ada list of DOs and DONTs pun, aku boleh terlelap kot. sometimes, kepala tunduk. so tak berapa obvious sebab nampak macam tengah tengok notes. tapi hari tu, dengan muka pandang whiteboard, tapi terlelap. dah la duduk tengah2 kelas. kalau lecturer tengah membebel tu memang nampak muka aku dulu la kan. nasib baik je tak kena sound. haishh.

yang paling aku tak faham, tidur cukup je. sebelum masuk kelas tu takde la rasa mengantuk ke apa. tapi bila lecturer bukak mulut (dan buku) je, confirm2 menguap tahap setan boleh berjoget2 masuk dalam mulut. camne?

bila bagi 'take 5', pehhh time tu, segar pulak. siap bole bukak forum bergosip pasal hal ehwal semasa lagi. buruk perangai.

gosh, i need help. seriously.

Saturday, January 8, 2011

what u see is what u get



Always be a first-rate version of yourself, instead of a second-rate version of somebody else.
- Judy Garland

Wednesday, January 5, 2011

for foodie's eyes (and tummy)


Char Mee
Hutan Bandar, Johor Bahru
foodie-o-meter : ♥ ♥ ♥ ♥ 1/2
turn off/pfft factor : cepat habis, tutup on weekend


Chicken Chop
Roost Juice and Bar, Jalan Dhoby, Johor Bahru
foodie-o-meter : ♥ ♥ ♥ 1/2
turn off/pfft factor : entah. takde kot. haha


Kacang Pool
Larkin Bomba && Plaza Larkin, Johor Bahru
foodie-o-meter : ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
turn off/pfft factor : takde. ni sumpah terbaik !


Roti Canai
Bukit Chagar, Johor Bahru
foodie-o-meter : ♥ ♥ ♥ ♥
turn off/pfft factor : orang ramai gila. weekdays and weekends


Seafood
Kg. Senibong, Johor Bahru
foodie-o-meter : ♥ ♥ ♥ 1/2
turn off/pfft factor : MAHAL

sekarang hujan lebat. aku lapar. sangat.

Saturday, January 1, 2011

tahun ini aku twenty-teen

In 2011, i won't renew. I will improve.
- Mira Lai

This year, I resolve to be spontaneous.
- Jason Mraz

Selamat tahun baru 2011 kepada semua. Azam tahun baru: saya nak jadi manusia supernormal. haha.
- Shahnor Suzaini

Dua puluh empat weh, dua puluh empat. Umur untuk kaya, untuk berubah, untuk bertunang, untuk ada masa depan lah senang cakap.
- Syafa Nisa Mohamed

dalam hidup ini, semua benda kena move forward :) let's be optimist and pray so that 2011 will be another joy and more memorable experience would be created :)
- Maryam Kirana

I want to be a real friend to people or better yet, my own friends. Not just a friend, but a real friend. someone who they know they can turn to in time in need. Be a listener, not a decision maker.
- Syaniza Sufian

My New Year’s resolution is to drop 50 (pounds)
- Jack Black

kesilapan adalah normal untuk manusia biasa..memaafkan lebih baik dari berdendam..its 2011, buang yang keruh ambik yang jernih dan kita MOVE FORWARD sama-sama untuk 2011!
- Joho Concept-Store

and I, Noor Rusydiah bt Abd Ghani, vow to :


look like this insyaAllah permanently starting from this hope-to-be blissful twenty eleven.

*tolong abaikan my serabai shawl. maklumlah, noob kot. hihi

dalam 2011 juga, aku nak kurang mencarut, kurang makan, kurang tidur, kurang berangan, lebih study. cehh banyak pulak kau punya resolution. macam good good je. haha

HAPPY NEW YEAR, FRIENDS :)