Tuesday, January 11, 2011

masalah kekurangan oksigen di bahagian otak

a.k.a mengantuk yang tak dapat dikawal. masalah terbesar aku sekarang.

serious la, kat dalam kelas yang aku sepatutnya bagi full attention, kelas yang lecturernya cakap macam bullet train, kelas yang lecturernya ada list of DOs and DONTs pun, aku boleh terlelap kot. sometimes, kepala tunduk. so tak berapa obvious sebab nampak macam tengah tengok notes. tapi hari tu, dengan muka pandang whiteboard, tapi terlelap. dah la duduk tengah2 kelas. kalau lecturer tengah membebel tu memang nampak muka aku dulu la kan. nasib baik je tak kena sound. haishh.

yang paling aku tak faham, tidur cukup je. sebelum masuk kelas tu takde la rasa mengantuk ke apa. tapi bila lecturer bukak mulut (dan buku) je, confirm2 menguap tahap setan boleh berjoget2 masuk dalam mulut. camne?

bila bagi 'take 5', pehhh time tu, segar pulak. siap bole bukak forum bergosip pasal hal ehwal semasa lagi. buruk perangai.

gosh, i need help. seriously.

No comments:

Post a Comment