Saturday, January 15, 2011

los alimentos

there are certain people who know me well enough to notice that good food is one of the few things that keeps me going.

the thing is, how am I going to spent the rest of my days here in UiTM Dungun when the food here is getting from bad to worse? seriously, I could not believe my eyes to see how gross the 'lauk-pauk' being served at the cafe.

okay, dah tak payah nak London sangat buat intro in English.

kalau orang lain tertekan pasal study, pasal duit, pasal bf, aku tertekan pasal MAKANAN. tak percaya? ni lah kali pertama dalam hidup aku, aku pernah rasa sangat
lapar tapi malas nak makan. sounds impossible, but true. bayangkan, kalau sem-sem lepas, seketul ayam yang besar, banyak isi, sedap hingga menjilat jari harga rm2. sekarang kecik, tulang je lebih, masak lauk tah ape2 yang aku sendiri tak reti nak describe, pun rm2 jugak. ape cite?

lagi satu hal, dari kecik lagi Abah aku selalu paksa makan sayur banyak2 sampai aku dah takde masalah nak declare yang sayur tu boleh dikatakan makanan favourite aku. tapi macam mana aku nak meneruskan gaya pemakanan sihat tu kalau kat cafe tu nak nampak bayang sayur pun susah. kalau ade pun, terung berkuahkan minyak. erghhh.
dan ohh, hari tu kawan aku baru je dapat sayur terung basi dan lagi sorang dapat langau dalam lauk. nak cakap kawan2 aku yang tak bernasib baik ke, atau cafe tu ape eh? KOTOR? haishhh.

tu baru pasal makanan, belum harga lagi. ada satu cafe kat sini, mak aiii tak hengat punya mahal. nasi lauk ikan keli+timun dah rm5. yang ni memang tahap dah boleh dapat kata2 kesat daripada aku. tapi biasanya, aku bagi kata2 kesat tu lepas dah habis makan la. bukan apa, orang kata tak baik cakap benda2 tak elok depan rezeki. sebab apa yang kita cakap tu masuk dalam makanan pastu kita makan. haa kan tak elok tu. hihi. tapi seriously, aku tak tau makcik cafe tu sedar ke tak akan keburukan rezeki yang tak halal. ye lah, charge lebih2, riba' tu derrr. dia tak tau lagi kalau ada antara budak2 yang makan kat situ anak yatim, dia dah dikira makan harta anak yatim. pehh dosa besar makcik. ayooo tak tauuu !

okay fine, masa menulis entri ni, memang la ada terngiang2 kat dalam kepala kata2 'bersyukur je la. orang kat Somalia tu lagi takde makanan'. humm memang tak boleh nak nafikan fakta saintfik geografi sejarah tu, tapi kalau kau memang dah dibagi rezeki yang boleh kau ucap Alhamdulillah, tapi tak diguna sebaik-baiknya, pastu siap tipu customer dengan harga mencekik darah dan makanan yang dimasak dengan tidak sepenuh hati, macam mana pulak?

rasa nak nangis tengok makanan sedap2 dekat blog Hanis Zalikha dan emaknya :'(

No comments:

Post a Comment