Sunday, February 27, 2011

Kau duduk diam, tengok keliling.

Aku ingat lagi macam mana aku pernah rasa tak coolnya Abah aku bila dia selalu marah kalau aku asyik duduk berbual bergosip dengan kakak atau sepupu sepapat aku sampai tak ingat dunia. Macam mana aku rasa tak coolnya Abah aku bila dia selalu marah aku gelak kuat kuat tepuk tepuk meja bila tengok something yang kelakar dekat TV. Macam mana aku rasa tak coolnya Abah aku bila dia selalu marah aku bergurau dengan adik beradik aku sambil keluarkan kata kata kesat. Macam mana tak coolnya Abah aku bila dia selalu marah aku kalau bercakap benda benda yang tak perlu lagi lagi bila tak kena tempat dan masa.

Sangat tak cool. Yang tu dulu lah.

Ye, bapak aku memang serious orangnya. Dia paling tak suka benda remeh temeh. Dia cukup simple. Praktikal. Rasional.

Bila umur dah nak masuk dua dekad, perlahan lahan aku dapat rasa apa yang bapak aku selalu cakap selama ni. Memang betul, dulu masa zaman kain biru baju putih, semua benda kita buat rasa macam betul. Semua keputusan kita buat tu dah habis matang lah kiranya. Dah tak peduli apa pendapat orang. Kalau kena tegur sikit, mula lah. Habis semua orang kau pangkah. Sekarang, apa yang orang tegur, sikit demi sikit aku boleh fikir dulu kenapa. Apa yang salah. Lepas tu baru boleh cakap apa yang aku rasa betul. Itu pun apa yang aku rasa. Belum tentu pun semua yang aku rasa tu betul.

Kiranya macam tu lah. Makin besar memang patut la kita belajar terima dulu pendapat orang lain. Bukan main sembur je semua benda macam kau tengah bertanding Debat Piala Perdana Menteri.

Talking about hal 'remeh temeh', I realize that I no longer found lame jokes as funny.

Itu dia. Sebab lame jokes ni aku boleh kata benda remeh temeh jugak. Kadang-kadang, benda macam ni lagi buat aku sakit hati daripada rasa nak gelak. Kalau dah semua benda yang orang cakap kau nak buat lawak, ape kejadah? Lagi lah kalau masa orang tengah serious dan takde mood langsung nak layan pendapat bodoh diselitkan lawak budak sekolah. Tak rasa nak bitch-slap?

Lagi satu lawak lucah. Mungkin ada yang cakap kau tak cool, tak chill, serious sangat atau apa apa lagi lah kalau setakat benda 18sx sikit pun tak boleh terima. Tapi kalau kau dok melucah depan kawan kawan berlainan jantina, benda tu jadi lawak ke? Cool ke? Mana sensitiviti kau dohh? Dah tua bangka tapi perangai macam budak umur lima belas baru nak 'up'.

.....................................................................................

Dan bila banyak benda yang jadi tak mengikut perancangan kau, kehendak kau, cuba jangan merungut. Lebih baik fikir benda positif yang kau boleh dapat dari situasi tu. Rasanya lebih rewarding daripada mengeluh, membebel, tak puas hati itu ini. Apa pun tak dapat. Ye lah, mungkin kita tak suka sesuatu benda yang jadi tu sebab ada lah apa apa yang tak kena. Yang menyusahkan. Yang buat kau kusut. Tapi, mungkin bukan semua, tapi BANYAK benda boleh selesai kau kita duduk dan fikir daripada merungut tak tentu pasal.

Abah cakap lagi, ini paling selalu ;
"Banyak fikir, kurang cakap. Baru semua benda boleh jadi."

Thursday, February 24, 2011

Senarai Pangkah #03

Jangan tanya kenapa aku suka nak pangkah orang je. Let's just call it observation on life, shall we? haha

Punctuality indicates maturity. Sounds familiar? Burn. It is indeed.

Aku cukup tak faham kenapa ramai lagi orang yang kita panggil 'pelajar universiti' masih tak boleh nak, or in this case (well, give me a break!pfft), tak nak belajar tepati masa. Memang aku sendiri tak boleh cakap yang aku ni memang orang yang punctual sangat sangat. That's obviously not. Tapi kalau lambat 2 3 minit, sekali dua kali, dengan alasan, maybe it's worth a negotiation.

Tapi kalau setiap kelas? Lewat sampai 20 30 minit?

Okay here's my encounter with the most annoying, selfish, immature and ignorant classmate everrrrr.

Aku faham. Kelas Circuit Theory. Hari Khamis which is the last day of the week (here in Terengganu, of course). Orang semua dah feel feel weekend gitu. Pukul 8 pagi pulak tu. Aku sendiri pun lambat, sampai kelas pukul 0810. Lecturer masuk terus bagi kuiz memang lah awe-some. Dengan soalan yang macam haram j plus otak tak berapa function, rasa nak mencarut memang ada.

Alhamdulillah dapat lecturer yang macam ada kuasa telepathy dan boleh baca fikiran semua orang, dia pun keluar kelas tak tau lah pergi mana. Lama jugak dalam 40 minit kot. And between that, yes u guessed it right, ramai lah lagi yang baru terhegeh hegeh nak masuk kelas. Bila lecturer tadi masuk dan kata "Okay, dah lama sangat saya bagi masa ni, tolong submit sekarang", masih ramai lah lagi terkial kial nak siapkan sambil dengar Madam ni membebel manja kat depan.

Tiba-tiba ada pulak suara yang cakap macam ni, "Madam, saya sampai lambat sikit tadi, bagi saya lagi 10 minit?".

WHAT THE BLEEEEPPPPP??

For the record, this guy is always, no , I mean he is late TO ALL CLASSES. And and and the most interesting part is, he doesn't even walk to class, unlike me and some others, he rides ogayyyyyy ! A motorcycle, for god's sake.

Aku memang cukup bebulu lah dengar dia selamba badak je request macam tu dekat lecturer. Habis kitorang yang datang awal ni ape cer? Oh lupa, aku lah pinjam motor dia semalam lepas tu pagi tadi baru nak pulang. Lepas tu on the way nak ke kelas ada pulak orang kirim suruh beli nasi lemak. Bila dah sampai kelas pintu semua kunci, nak masuk ikut tingkap pun tak boleh. Tu pasal lah dia lambat.
Whose leg do you think you are pulling now, Moron ?!

Otak pandai dekan setiap sem pun kalau perangai macam tu, kau ingat kau handsome?

Wednesday, February 23, 2011

From Crayon to Perfume

Happy Birthday,
Nurul Farhana Omar
I love you, girlfriend :)

May this second decade of your breathing years mark something great, InsyaAllah.

And I,
wish for your blissfulness,
pray for your success,
hope we'll be friends for life.

Semoga, sampai bila-bila kita boleh jadi each other's makan buddy, pilot and co-pilot, gossip girls, && SHOULDERS AND EARS.



thirteen awesome rockinggg years and still counting

"We all take different paths in life, but no matter where we go, we take a little of each other everywhere."
- Tim McGraw



Tuesday, February 8, 2011

Senarai Pangkah #02

Aku tak suka orang yang berjalan lambat. Kalau memang ada kekurangan macam kaki pendek sebelah ke, tempang ke, tak apelah kot. Selain daripada tu, tiada maaf bagimu.

Situasi yang boleh buat aku nak mencarut selalunya masa jalan nak ke kelas. Okay la, sebenarnya aku takdelah kisah sangat kau nak jalan lembab ke, laju ke, kau nak berlari ke, serious aku tak kisah. Tapi, kalau kat belakang kau ada lebih kurang 97 orang manusia, lepas tu kau satu geng ala-ala Mean Girls, dengan mekap tebal padahal-nak-pegi-kelas-je-pun, jalan terkedek-kedek, camne? Dan aku paling tak boleh handle sekali, jalan 4 orang dalam satu line. Pehhh, yang ni aku rasa macam nak pegi je depan muka dia pastu cakap,

"HELLO AWAK ! BOLEH KE TEPI SIKIT TAK SEBAB SAYA NAK POTONG AWAK SEBAB AWAK JALAN TAK SAMA SPEED DENGAN SAYA YANG MEMANG NAK CEPAT NI?"

Mungkin disebabkan kelajuan aku berjalan, aku tak kisah sangat kalau jalan sorang-sorang takde kawan pegi kelas pun. Tak sempat nak boring tiba-tiba dah sampai. kahkahkah.

And girls, do have your mp3 on while walking. It helps. Thank you :)

Sunday, February 6, 2011

Lady Gaga is so yesterday

ZOOEY DESCHANEL.
BOYS LOVE HER. GIRLS WANT TO BE HER.
*gawddd, life is unfair -.-





kau orang kenal tak dia ni? kalau tak, boleh tampar diri sendiri sekarang. first time aku tengok dia ni rasanya dalam cerita cerita Failure to Launch kot. alaa yang Sarah Jessica Parker dengan Matthew whatever-your-name-is-please-put-your-freaking-shirt-on. she played Kit, housemate to SJP's character. memang coolio kot role dia. unik dan tersendiri gitu. hihi.

and then, there was 500 Days of Summer. yang ini aku rasa tak payah nak membebel panjang lebar. tolong tengok sendiri. okay lah fine, tengok trailer dia dulu :P

baru-baru ni pulak aku dapat tau dia ada band, She and Him. memang nice habis band dia ni. it's my type of music la senang cerita. kalau lagu slow dia, memang lullaby gitu. tambah pulak dengan suara akak Zooey kita ni. haishhh comel je.


Matt Ward. the sidekick