Sunday, February 27, 2011

Kau duduk diam, tengok keliling.

Aku ingat lagi macam mana aku pernah rasa tak coolnya Abah aku bila dia selalu marah kalau aku asyik duduk berbual bergosip dengan kakak atau sepupu sepapat aku sampai tak ingat dunia. Macam mana aku rasa tak coolnya Abah aku bila dia selalu marah aku gelak kuat kuat tepuk tepuk meja bila tengok something yang kelakar dekat TV. Macam mana aku rasa tak coolnya Abah aku bila dia selalu marah aku bergurau dengan adik beradik aku sambil keluarkan kata kata kesat. Macam mana tak coolnya Abah aku bila dia selalu marah aku kalau bercakap benda benda yang tak perlu lagi lagi bila tak kena tempat dan masa.

Sangat tak cool. Yang tu dulu lah.

Ye, bapak aku memang serious orangnya. Dia paling tak suka benda remeh temeh. Dia cukup simple. Praktikal. Rasional.

Bila umur dah nak masuk dua dekad, perlahan lahan aku dapat rasa apa yang bapak aku selalu cakap selama ni. Memang betul, dulu masa zaman kain biru baju putih, semua benda kita buat rasa macam betul. Semua keputusan kita buat tu dah habis matang lah kiranya. Dah tak peduli apa pendapat orang. Kalau kena tegur sikit, mula lah. Habis semua orang kau pangkah. Sekarang, apa yang orang tegur, sikit demi sikit aku boleh fikir dulu kenapa. Apa yang salah. Lepas tu baru boleh cakap apa yang aku rasa betul. Itu pun apa yang aku rasa. Belum tentu pun semua yang aku rasa tu betul.

Kiranya macam tu lah. Makin besar memang patut la kita belajar terima dulu pendapat orang lain. Bukan main sembur je semua benda macam kau tengah bertanding Debat Piala Perdana Menteri.

Talking about hal 'remeh temeh', I realize that I no longer found lame jokes as funny.

Itu dia. Sebab lame jokes ni aku boleh kata benda remeh temeh jugak. Kadang-kadang, benda macam ni lagi buat aku sakit hati daripada rasa nak gelak. Kalau dah semua benda yang orang cakap kau nak buat lawak, ape kejadah? Lagi lah kalau masa orang tengah serious dan takde mood langsung nak layan pendapat bodoh diselitkan lawak budak sekolah. Tak rasa nak bitch-slap?

Lagi satu lawak lucah. Mungkin ada yang cakap kau tak cool, tak chill, serious sangat atau apa apa lagi lah kalau setakat benda 18sx sikit pun tak boleh terima. Tapi kalau kau dok melucah depan kawan kawan berlainan jantina, benda tu jadi lawak ke? Cool ke? Mana sensitiviti kau dohh? Dah tua bangka tapi perangai macam budak umur lima belas baru nak 'up'.

.....................................................................................

Dan bila banyak benda yang jadi tak mengikut perancangan kau, kehendak kau, cuba jangan merungut. Lebih baik fikir benda positif yang kau boleh dapat dari situasi tu. Rasanya lebih rewarding daripada mengeluh, membebel, tak puas hati itu ini. Apa pun tak dapat. Ye lah, mungkin kita tak suka sesuatu benda yang jadi tu sebab ada lah apa apa yang tak kena. Yang menyusahkan. Yang buat kau kusut. Tapi, mungkin bukan semua, tapi BANYAK benda boleh selesai kau kita duduk dan fikir daripada merungut tak tentu pasal.

Abah cakap lagi, ini paling selalu ;
"Banyak fikir, kurang cakap. Baru semua benda boleh jadi."

1 comment:

  1. hehe betol ! rush dh besaaa~.....................

    ReplyDelete