Tuesday, March 15, 2011

DE wait-for-it LIGHTFUL

Hoh. Hujung minggu best sebab ada aktiviti lain selain dating dengan buku. Hari jumaat dengan Bigwalk. Hari sabtu dengan kenduri kahwin. Awesome gila sebab satu hari bakar lemak, esoknya tambah lemak. Best kan? Haha

11032011
Bigwalk. Anjuran Unit Sukan UiTM Dungun. Nak kata big, takdelah big mana. Tapi cukup hebat lah untuk buat semua sleepyheads and lazybums bangun pagi hari cuti. Sampai stadium, buat stretching untuk meregangkan otot otot malas bersukan yang dah agak berkarat.

Lepas tu, well dah nama pun Bigwalk, everybody walked la kan. Of course sambil berjoyah dan bergambar. Pose pose maut para peserta ada disertakan untuk tatapan pembaca. Harap jangan muntah. Hahaha.

Lepas penat berjalan keliling kampus dan jugak luar kampus, ada pulak cabutan bertuah. Kira macam nak sedapkan hati kitorang la ni sebab dah penat berjalan tanpa hasil. Ecececeh sweet la tu konon.

Kat sini nak bagitau la, orang kalau dah bertuah, campak kat mana mana pun memang bertuah sokmo. At least aku dapatlah jugak beg plastik berisi benda yang bak kata Eyra 'cuma buat taik je' atau bahasa sopannya, makanan lah. Memang tak boleh cover la aku punya jealous tengok orang dapat baldi, hanger, Softlan, botol air, sabun Fab. Macam pehhh, gila cool kau dapat semua ni. Hahahaha.


Morning people.






NYDP yeawww :))


Cam-whores of the day. Takde stamina mengalahkan warga emas. Tapi depan camera, riang gembira.


Golongon bertuah lagi terpilih.


12032011
Kak Nor's wedding day. Fariza punya kakak.
Gotong royong pagi tu macam hampir mencacatkan plan. Dengan salah jalan lagi. Padahal dalam Dungun je pun. Haha.

Sampai je rumah pengantin, muka muka lapar tahap dah boleh baham orang pun terus terjah nasi minyak. Walaupun ada kawan kawan yang naik kereta lain belum sampai sebab tayar pancit ke rim tercabut ke ape ntah, semua dah tak boleh tahan lagi. Nasi minyak terlalu menggoda. Memang sedap gila nasi dia sampai ada yang nak tambah tapi terbantut sebab malu. Geli je. Haha.

Everything was perfect. Mula mula semua orang macam, wahhh sedapnya nasi ni. Lepas tu pengantin datang, wahh comelnya Kak Nor. Masuk rumah, wahhh cantiknya pelamin. Masuk bilik pengantin, wahh cantiknya bilik pengantin. Lepas tu ada pakcik baling gula gula, wahh bestnya main rebut gula gula dengan budak budak. Lepas tu wahh wahh dan wahh lagi sampai penat.

And and and, Fariza siap buat special appearance berkareoke dengan abang dia. Nasib baik dia nyanyi separuh lagu je. Sebab speaker lagi sikit dah nak pecah rasanya. Hahaha

Let the photos do the talking, aite?



Comel kan kan kannnnn? awwwww


This photo is no joke. I was really fixing her fake eyelashes. Nak tertanggal doh. LOL






Selamat Pengantin Baru :)



2 comments:

  1. kau pakai fake eyelashes ? serius ? awwww hehe :D

    ReplyDelete
  2. aku kata HER fake eyelashes. means the bride's lah yang oii. haha

    ReplyDelete