Saturday, April 23, 2011

Biru kuning bajet comel la tu?

Emosi kurang stabil. Sel sel otak hampir tercabut dan tidak berada di tempat yang sepatutnya. Semua ni sebab exam Electronic 2 yang macam shtqywtbegdmp -______-

Nak kata study gila gila sampai tak tidur tak makan tak mandi tu, tipu lah. Tapi penangan soalan tadi memang cukup buat dahi aku berkerut-kerut sampai pening kepala.

Balik exam dengan stress seberat 1 tan, tadaaaaa header baru. Buat pakai paint je ni ha. GILA NOOOOOOOOBBBBBB. Haha.

Aku memang tak pandai la nak letak benda benda extravaganza untuk blog ni. Header pun aku tak reti nak buat. Apetah lagi nak letak benda pelik pelik yang lip lap lip lap bagai. Lagi kemas lagi bagus. Sendiri punya blog, sendiri nak baca. Mesti la ikut taste sendiri kan? Takkan nak ikut taste lembaga penggubal soalan Electronics 2 peperiksaan akhir April 2011 Universiti Teknologi MARA pulak kan?

SIAPA NOOB, DIA COOL. HIGH FIVE !

Tuesday, April 19, 2011

I love you baby. I love you so muchie muchie

Okay. Hentikan propaganda tajuk entri yang berbunyi macam orang mabuk cinta. Cause that surely ain't my thing. Kalau dah kahwin nanti pun, luahan kata kata cinta secara public kepada encik suami mungkin tak secomel ni. Comel ke? Geli mungkin ya :P

Sebenarnya nak cerita pasal ni haaa




Sebab untuk beberapa minit, aku lupa semua masalah. Untuk beberapa minit, aku tak sedar yang kepala otak ni tengah berserabut fikirkan final exam. Untuk beberapa minit aku tak sedar yang aku boleh duduk tepi tangga gelak sorang sorang.

Gila cool dia ni. Chic magnet dowhh. Haha.

Tapi kesian dia selalu kena halau dengan akak bilik depan yang aku sendiri tak faham kenapa dia suka sangat nak masuk sebab bilik tu, sorry to say, agak berbau sikit. Sudahnya dekat kasut aku jugak dia landing.

Tuesday, April 12, 2011

Senarai Pangkah #04

Memang betul orang kata, tak kenal maka tak cinta. Kalau kita tak kenal orang tu, kita takde hak langsung nak judge dia luaran semata-mata.

Sebab bila kita dah kenal betu-betul siapa orang tu sebenarnya dan mungkin last last boleh jadik kawan dengan dia, masa tu kita mungkin sedar yang kita sebenarnya dah silap besar sebab kita penah cop dia awal awal yang dia tu sombong ke, gedik ke, bajet hensem ke, ape ape lah.

Tapi, *ini satu situasi

Macam mana pulak kalau kita dah berpuluh puluh kali terserempak dengan sorang hamba Allah ni, dan setiap kali kita jumpa tu lah kita senyum TAPI DIA DENGAN SELAMBA ABAH DIA JE BUAT MUKA KEREK LANGSUNG TAKNAK SENYUM BALIK, macam mana?

Cecite. Cecite.

Kita ni hidup dalam komuniti, dalam masyarakat, bawak bawak la mesra alam sikit. Mesra alam tu bukan yang macam kita sekarang laki perempuan bergelak ketawa bertepuk tampar tak tentu arah tu tau. Bukan. No no no. Mak tak suka okayy.

Maknanya, bila jumpa orang, senyum. BILA ORANG SENYUM, KAU SENYUM BALIK. Jangan kalau berlaga bahu pun kau buat macam aku ni objek lutsinar. Tak patut sungguh. Apa yang susah sangat nak senyum kalau jumpa orang? Lagi lagi orang yang kita kenal. Kalau bukan kawan pun at least boleh kata kenal nama dan muka lah. Nak kata ada masalah urat saraf kat bahagian mulut sebab tu tak boleh senyum, elok je kau bercakap dengan kawan kawan kau. Bila gelak tu bukan main besar lagi mulut siap boleh muat kasut saiz enam aku lagi. Haishh entah la.

Orang orang macam ni kadang kadang buat tambah dosa kita yang dah sedia berlambak ni. Ye lah, kalau situasi macam ni jadi kat kita, mesti kita cakap "Ek eleh kerek gila minah ni. Bajet hot sangat la nak sombong camtu". Haa kan? Walaupun kita dah banyak kali mindset tak nak jadi judgemental sangat, but we're only human remember? Can't help it.

Cuba kalau semua orang boleh bagi senyuman seindah suria di pagi hari di Johor Bahru, the world would surely be a better place. Kan?

Kau senyum, aku senyum. Kau hormat aku, aku hormat kau. Baru semua nampak cool yeawwww.



U smile, I smile gituuuu :)


Peace and Love. Assalamualaikum :)


Saturday, April 9, 2011

Victory belongs to the most persevering.

Dear Self,

Please please please. I'm begging you to stay focus for the remaining days of this month. Keep yourself motivated to study. Facebook should not be on the list from now on. Never.

This might be your only chance to be back on track. You cannot afford to slip even a little because you know it will cost you big. Yes, one big fat ass of a problem.

Heart, Mind and Body, do cooperate alright? Because I'll literally die if you don't.

Sincerely,
Screwed.

Friday, April 8, 2011

Memang lah tak ramai(takde) orang nak baca blog kau,

TAPI BUKAN BLOG LA NAMANYA KALAU TAK RETI NAK UPDATE.

Hahh. Tu lah, orang berblog, aku pun nak berblog jugak. Lepas tu biar macam tu je bersawang, berhabuk berkulat semua. Bukan apa, rasanya macam takde yang extraordinary sangat yang berlaku sekarang ni. Takde yang macam, *Woahh hebatnya kejadian yang baru sahaja berlaku di depan mata saya sebentar tadi. Harus cerita di blog*. Kihkihkih. Ye lah, boyfriend pun takde jugak. So, takde la nak bermadah pujangga I love you, you love me segala kat sini.

Senang cerita, life has been quite monotonous recently. Mana taknya, hari hari aku cuma pegi kelas balik kelas online study makan gossip tido. Lepas tu, quiz dengan test tak habis habis nak kacau hidup aku. Lepas ni, tak menyempat nak rest ke ape, tiba tiba ada pulak final exam. Haishhh. Biasa la, nama pun study. Takkan la kau expect hari hari nak pegi shopping tengok movie main bowling minum minum cuci mata pulak kan?

Tapi takpe, because in 20 days time, I am going to be homeeeeeee. It's JB y'all ! Weeheehuu.

Gosh , I miss everything about JB. I miss home. I miss Mak and Abah. I miss my cats. I miss my girlfriends. I miss all those heavenly makan places there. Gaaaa they're too much to be listed.

Ok fineeee akhir bulan lepas baru je balik. Tapi dua hari je pun. Like whatt? Dua hari? Ape je boleh buat dengan dua hari tu? Nak melepaskan rindu je dah ambik masa satu setengah hari tau tak? Ciss hebat sungguh penangan homesick. Aku benci.

And yes, my final exam is going to be from April the 20th until 29th. Hoyeh, all I have is just ten days for my six freaking papers. Gila tak gila lah kan. Between papers cuma ada satu atau dua hari je gap. Lepas tu ada pulak yang satu hari dua paper. Enak.

For those who are still in daze, it is because of the new academic calendar the government are implementing right now, our normal timetable had been crammed so that next semester will start earlier than what used to be in July. So to start earlier, everything in this semester must end earlier. That's the answer to the crazier than ever exam schedule. Pfft.

Sampai hari hari terakhir minggu kuliah nanti pun masih ada test dengan mini project presentation tau. Serabut nyahh.

Hokayyyy. Membebel banyak banyak pepagi buta ni pun tak boleh jugak kan. Dah la aku ni celik mata je terus on lappy. Buruk perangai. Better get our lazy asses up and do what we're suppose to do. Cewahh. Semoga saya akan lebih rajin dan sentiasa rajin update blog di masa akan datang.

I'm Rusydiah Ghani, signing off. Assalamualaikum :)

Saturday, April 2, 2011

It's greater than to be loved.

One person I can trust :

  1. My mom.

Give yourself permission to envision a YOU that you choose to be.

Two things I wish I could do :

  1. Foresee future.
  2. Speak my heart out. With nothing holding me back.