Tuesday, April 12, 2011

Senarai Pangkah #04

Memang betul orang kata, tak kenal maka tak cinta. Kalau kita tak kenal orang tu, kita takde hak langsung nak judge dia luaran semata-mata.

Sebab bila kita dah kenal betu-betul siapa orang tu sebenarnya dan mungkin last last boleh jadik kawan dengan dia, masa tu kita mungkin sedar yang kita sebenarnya dah silap besar sebab kita penah cop dia awal awal yang dia tu sombong ke, gedik ke, bajet hensem ke, ape ape lah.

Tapi, *ini satu situasi

Macam mana pulak kalau kita dah berpuluh puluh kali terserempak dengan sorang hamba Allah ni, dan setiap kali kita jumpa tu lah kita senyum TAPI DIA DENGAN SELAMBA ABAH DIA JE BUAT MUKA KEREK LANGSUNG TAKNAK SENYUM BALIK, macam mana?

Cecite. Cecite.

Kita ni hidup dalam komuniti, dalam masyarakat, bawak bawak la mesra alam sikit. Mesra alam tu bukan yang macam kita sekarang laki perempuan bergelak ketawa bertepuk tampar tak tentu arah tu tau. Bukan. No no no. Mak tak suka okayy.

Maknanya, bila jumpa orang, senyum. BILA ORANG SENYUM, KAU SENYUM BALIK. Jangan kalau berlaga bahu pun kau buat macam aku ni objek lutsinar. Tak patut sungguh. Apa yang susah sangat nak senyum kalau jumpa orang? Lagi lagi orang yang kita kenal. Kalau bukan kawan pun at least boleh kata kenal nama dan muka lah. Nak kata ada masalah urat saraf kat bahagian mulut sebab tu tak boleh senyum, elok je kau bercakap dengan kawan kawan kau. Bila gelak tu bukan main besar lagi mulut siap boleh muat kasut saiz enam aku lagi. Haishh entah la.

Orang orang macam ni kadang kadang buat tambah dosa kita yang dah sedia berlambak ni. Ye lah, kalau situasi macam ni jadi kat kita, mesti kita cakap "Ek eleh kerek gila minah ni. Bajet hot sangat la nak sombong camtu". Haa kan? Walaupun kita dah banyak kali mindset tak nak jadi judgemental sangat, but we're only human remember? Can't help it.

Cuba kalau semua orang boleh bagi senyuman seindah suria di pagi hari di Johor Bahru, the world would surely be a better place. Kan?

Kau senyum, aku senyum. Kau hormat aku, aku hormat kau. Baru semua nampak cool yeawwww.



U smile, I smile gituuuu :)


Peace and Love. Assalamualaikum :)


No comments:

Post a Comment