Monday, May 16, 2011

Penyakit Berjangkit.

Ini sequal untuk entri lepas.

Hebat betul skill salah cakap diorang ni. Boleh buat gelak yang dua hari pun tak habis.

Perbualan berkaitan pakcik jual popia dekat pasar malam.

Rusydiah : Wan, ni pakcik yang dulu jual dekat pasar malam Bukit Chagar tu eh?
Ridhwan : Aah. Kadang kadang dia berlakon dekat Kg. Melayu.
Rusydiah : Haaa? *whatt? pakcik ni berlakon?
Ridhwan : Ehh. Silap silap. Jual la. Apehal tetibe boleh terkeluar berlakon pulak ni? Adoii
Rusydiah, Mak Ridhwan, Girlfriend Ridhwan : HAHAHAHAHAHAHA

Kalau yg sorang boleh cakap nak pakai T-shirt dengan almari sebab tak cukup tidur, ni lagi sorang yang tidur terlebih lebih mengalahkan kucing pun boleh berbual mengarut, ape cite?

p.s Saje letak nama betul. Biar kaw kaw punya kena. HAHA

Thursday, May 12, 2011

Senarai Pangkah #05

Ramai orang suka tidur lambat. Ramai orang rasa tak remaja kalau tidur awal. Tengok bola la, movie la, online la, main poker dekat FB la, sukahati la nak buat ape kan. Janji tidur lambat. Kalau jam belum pukul 2 pagi tu jangan harap la kau nak tidur.

Tapi ada orang yang memang hidupnya tak cukup tidur. Kena siapkan assignment la, buat report la, presentation la, meeting itu, meeting ini, macam-macam lagi. Senang cerita, takde masa nak tidur puas puas.

Tapi, tahukah anda? Ketidakcukupan tidur boleh mengundang pelbagai reaksi negatif dari masyarakat sekeliling? Kajian yang dilakukan terhadap seorang respondan kami, Nazihah Ghani mendapati, kadar salah cakap atau lebih tepat lagi berbual mengarut adalah sangat tinggi ketika sedang mengantuk. Tak percaya?

Nazihah : Akak nak beli t-shirt kosong la (basic tee).
Rusydiah : Nak buat ape?
Nazihah : Nak pakai dengan gelang.
Rusydiah : Haa?
Nazihah : Ehh, bukan. Tu, dengan almari... *nada sedikit tergantung
Rusydiah : Apebenda mengarut ni? Nak pakai dengan rantai butterfly yang baru beli tu kan?
Nazihah : Hahaha. Aah la. Ni la ngantuk punya pasal.
Rusydiah : -_____-'

NAMPAK TAK? NAMPAK TAK KAT SITU?

Wednesday, May 4, 2011

My very first.

Sebab dah lama tak menulis dan tak tau nak tulis apa, tiba tiba sekarang rasa nak buat movie review pulak. Bukan apa, masa tengah final haritu konon macam berdisiplin sekejap taknak bukak Facebook la konon. Tapi agak hampeh jugak sebab laptop masih on hari hari jugak. Dalam masa tak bukak Facebook tu, tangan pun gatal la nak download movie. And I've decided to download this awesome, kick ass, brilliant movie.



Mula mula download movie kononnya nak tengok masa cuti semester bila final ape semua dah habis. Tapi nampak macam iman masih kurang kukuh dan mudah tergoda dengan godaan syaiton. Last last sambil study calculus jugak aku tibai tengok. Cerita ni pulak jenis yang tak boleh main sambil sambil punya tengok. Memang lekat habis. Grr.

Fuhh memang tak sia-sia dan sangat berbaloi aku tunggu berjam jam nak untuk movie ni habis download. Yelah, dengan internet speed yang sama dengan kelajuan cahaya kalau di-slow motion kan 100 kali, kena la bersabar sikit. Aku bukan duduk kat Korea semua pakai fiber optic cable segala. Haha. Okay, lari topic -__-

Back to the movie, 127 Hours, it's actually a movie based on true story about Aron Ralston, a mountaineer who stuck under the Blue John Canyon for 127 hours because his left hand was pinned to the canyon wall by a 800 pounds boulder. Lepas tu, untuk lepaskan diri, selamba badak je dia potong tangan sendiri. Gila tak? Gila tak? Haaa. Gila la wehh. Ini kalau setakat kena paper cut pun boleh menangis hingus meleleh eleh. Hummphh

Ada beberapa faktor kenapa movie ni da bomb dan termasuk dalam senarai wajib tonton sambil makan keropok lekor :

  1. The role of Aron Ralston is briliantly played by James 'my man' Franco. Ehemm.
  2. It is a movie by Danny Boyle, who formerly did Slumdog Millionaire. Boleh bayangkan tak macam mana eye-opening nya cerita ni even korang belum tengok pun? Come on, Slumdog Millionaire man! Siapa tak tengok lagi dia loser terbesar abad ini :P
  3. Disebabkan ini true story pasal orang yang masih hidup, jadi jalan cerita dia memang real sebab kejadian tu dapat diceritakan secara detail. And the best part is Aron Ralston made a video while he was stuck down the canyon which I could tell you, is very very very touching.
  4. Cerita dia tak panjang sangat, tak meleweh, dengan sikit additional scene yang best.
  5. And and and, all the soundtracks are by A.R Rahman. Also THE MAN from Slumdog. Perfect.









Awesome gila. Mesti tengok.

Kalau rajin, ada lah movie review yang lain. Kalau takde, paham paham.

p/s; Cerita ni memang dah berbulan lamanya. Mesti ada yang kata, 'ek elehh baru nak tengok. So yesterday'. Kihkihkih

Assalamualaikum :)