Wednesday, June 8, 2011

I forgive. And I forget.

It's just that things can never be the same again.

Aku rasa kau faham. Aku ni bukan jenis yang selalu perang besar dengan kawan kawan rapat. Sebab tu bila benda macam ni jadi, aku akan rasa tersangat awkward.

Masa salah faham, seboleh bolehnya kita nak cakap diri sendiri yang betul. Orang lain semuanya salah. Walaupun macam mana jelas pun kenyataan yang kita ni salah, tapi ego yang melampau lampau tu yang jadi penghalang semua benda. Kan?

Benda yang dah lepas, tak payah lah aku nak panjangkan cerita. Kadang kadang perangai tak boleh nak macam budak budak sangat sampai semua benda yang orang cakap kita tak nak terima semata mata sebab tak nak mengalah. Nak jugak cakap kita di pihak yang betul. Kalau semua orang nak macam tu, boleh bertahun tak bertegur.

Tapi, hati aku ni tak cukup lembut lagi nak terima kau macam dulu.

I may put all the differences behind and act normal, but it's not that easy. I'm sorry.