Sunday, September 25, 2011

It's like being in love. Only better.

I smile. I laugh. I clap. I sing. I dance. To these :
  • Rumah.
  • John Mayer.
  • Manchester United lah takkan Everton pulak.
  • Movie yang tak terlalu tinggi nilai komersialnya dan memerlukan sedikit pergerakan sel sel otak sewaktu menonton. Yang 'so real-life'. Itu maksud awesome yang sebenar.
  • Emile Hirsch. Everyone should watch 'The Girl Next Door'. Ahhhhh
  • Watching tennis with my Mom. Yang part laugh, clap, dance tu semua, dia yang lebih kot. Hehe peace Mak :)
  • Kacang Pool Larkin Bomba. Kalau balik JB, aku memang takkan diam selagi tak dapat.
  • Late night gossip with girlfriends. Sampai 4 pagi pun takpe. Kalau bukak buku tu, setengah jam je dah selamat berdengkur.
  • Kucing. I talk to them a lot, u know.
  • Lelaki hensem berimej rockstar. Jambang halus, bonus !
  • Bros tumbler.
  • Facebook. Orang lain dah dok gila tweet tweet semua, aku tetap tak senang duduk kalau sehari tak tengok Facebook. Ape benda tah.
  • Everything that practically involves err.. food? Duhhh.
  • Certain people I call 'The Heart of Life' :)
It's a never-ending list, I guess. Ini je lah dulu kot. Assalamualaikum.

Saturday, September 10, 2011

Mangsa Ketiga

Budak budak pemalas nak study memang suka buat benda kurang berfaedah pukul satu dua pagi. So, gambar gambar beberapa sem lepas pun menjadi tatapan kami di malam buta. Bajet walk down memory lane la hakktuiii. Bila tengok gambar lama standet la keluar ayat macam, "Weh dulu kau kurus dowh", "Dia ni bajet gila", "Haa mamat ni dulu yang aku gaduh dalam kelas tu". Okay whatever. Bukan tu yang jadi isu dia sekarang. Tapi ini ;

Bahan lawak : Oo ni masa kat Bukit Bidara. *sambil tunjuk gambar*
Bahan gelak : Hahahaha Bukit Bidara pun boleyyyy
Bahan lawak : Ehh silap. Pulau Bidara. Haha *konon nak join gelak*
Bahan gelak : Hahahahahahahaha *gelak lebih besar* Pulau Bidara pun boleyyy
Bahan lawak : Ehh bukan. Tanjung Bidara. Hahaha *dah konfiden habis*
Bahan gelak : Hahahahahhahahahahahaha *hampir kehabisan nafas*
Bahan lawak : Habis tu ape weyyy ??
Bahan gelak : TELUK BIDARA LAAAAAAA

Benda macam ni selalu buat aku gelak sorang sorang bila teringat balik. Benci.