Monday, October 10, 2011

Hai.

Exam dah habis. Penat otak. Tunggu result pun berdebar lain macam nanti. Hidup ni memang tak pernah tenang kan?

Ramai orang dah balik. Aku stuck kat sini. Jangan tanya kenapa. Kalau bukan sebab yang penting, aku pun tak nak. Memang la UiTM di hatiku. Cuma tak SEPENUH hati je lagi.

Rindu semua orang. Rindu rumah. Rindu Mak, Abah, Antoinette, Zorro, Putih, makanan sedap, katil empuk, rumah lawa. Rindu nak tengok tennis dengan Mak, tengok bola dengan abah walaupun kadang kadang tengok sorang je sebab dia dah slow down bab bola ni semua.

Malam ni full moon pulak. Siap ada halo effect.

Mood sekarang pun tengah jiwang. Letak satu folder gambar orang orang awesome. Buat screen saver. Senyum sorang sorang. Tengok sampai tetido. Apa kes?

HOMESICK KRITIKAL.