Sunday, June 24, 2012

Bukan typing je ada error.

Speaking pun ada jugak. And I call it 'speako'. Typing error = typo. Speaking error = speako. Geddit? geddit?

How can you not have a great entertainment being surrounded by this speako master?

Situation 1 : Fana being in the wrong lane while driving. 


Me : Ishh taxi sebelah ni langsung taknak bagi 'can'. Makin himpit pulak.
*few seconds of silent*
Speako Fana :  Wehhhh aku macam nak lempang je polis ni.
Me : Haaa, mana polis??
Speako Fana : Eh ehh, TAXI! Apesal tetibe boleh terkeluar polis pulak ni? Hahahaha

EVERYBODY FACEPALM IN 3..2..1



Situation 2 : Eating cake and making inappropriate jokes.

After some blablabla and hahahaha, Janda, holding a fork, said , "Aku baling kat muka kau macam dam kang!"
And I was like, " Sejak bila orang main dam ada baling baling?. DART LA!"





Kawan kawan gua memang comel semua. Sila lempang.

Friday, June 15, 2012

A detour. Not a dead-end street.

Well, this is it. Semester baru yang memang segala segalanya baru.

Takde dah kebanyakan muka yang aku kenal sepanjang tiga tahun. Takde dah lepak bilik orang gossip sampai dua tiga pagi. Takde dah lepak makan kopok lekor, goreng pisang sampai sedut angin pantai. Takde dah naik van kunyit ramai ramai pegi pasar malam hari khamis. Takde dah stay up nak siapkan segala macam report.

Yang ada sekarang, life yang nampak macam bosan. Satu hari satu kelas. Seminggu tiga hari. Lagi empat hari, duduk termenung je mungkin. With no presence of my favourite people. *sigh*

I guess this is the exact taste of my own medicine. Make mistake (which is probably the silliest), and there you go. The consequence is HUGE. Abah aku selalu pesan, bila berdepan dengan kegagalan, jangan sekali kali cari salah orang lain. Kalau ada pun, mungkin 3%. Yang lagi 97% tu semestinya salah diri sendiri. Semestinya.

Kalau orang lain boleh buat, kenapa tidak kita? Jadi nampak sangat lah takde usaha, kan?


Tak kira apa pun yang jadi dalam hidup ni, semuanya berbalik pada diri sendiri juga. Banyak tu usaha, banyak tu jugak la yang kita dapat. Orang sekeliling cuma boleh tolong setakat yang termampu, tapi kalau diri sendiri tak berubah, keadaan pun tetap takkan berubah. Sampai bila bila pun.

" Tuhan beri kita sesuatu yang kita layak terima. Tuhan tak uji hambanya dengan berlebihan melampaui kemampuannya. So layakkanlah diri kita untuk menerima apa yg kita nak. Jika nak jadi seorang best student so you have to behave like best student, dress like that, hair style, the way how you walk, how you talk, your lifestyle. Semuanya mesti dibentuk sepertimana how the way the best student posses it.
Jadikan diri kita layak menerima apa yg kita nak nescaya Allah maha pemurah dia akan bagi kat kita." 
- Raja Shamri, motivator.

Failure is life's greatest bitch-slap. You just won't wake up and realize how messed up your life was until you had one. And boy, it does not taste good.